Sunday, March 22, 2009

Gula Kapas....By: EyeNa


Kaki ku angkat,
Memulakan langkah,
Berkelana diriku sekeliling kota,
Melihat gelagat
Telatah manusia,
Pelbagai gaya variasi warna.

Langkah tehenti di suatu sudut,
Terpana terpaku
Lantas tersenyum,
Kegebuan juga kelembutan warna,
Menyegarkan mata,
Membangkitkan rasa.

Merah hijau biru dan jingga,
Adrenaline tercetus
Lantas ku hampiri,
Ku sentuh dirimu juga ku belek,
Memori silam tergarap kembali.

Kala hati dirundung walang,
Gula kapas kau hulur,
Lantas senyum terukir,
Rantaian kalam manis teratur,
Meleraikan simpulan yg kian serabut.

Namun memori sekadar tempelan..
Melakari sebahagian titian perjalanan,
Terlalu indah untk dinoktahkan,
Kadang terhiris andai terkenangkan.

Oh!
Lamunan terhenti,
Tatkala diri disapa,
Not biru ku hulur sekeping dua,
Gula kapas kini dalam genggaman,
Ku susun langkah bersama kenangan.

No response to “Gula Kapas....By: EyeNa”